Momen penuh sebak mendapat perhatian ramai, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (Khamis) menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya.
Menerusi video siaran langsung Sinar Harian, kenderaan yang membawa Tun Dr Mahathir dilihat tiba sekitar jam 10 pagi. Beliau ditemani ahli keluarga, sementara orang ramai turut hadir menziarahi pusara Allahyarhamah.
Rata-rata rakyat Malaysia turut melahirkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan Tun Dr Mahathir selepas beliau dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan pada Rabu.
#AWANInews